NILAI, 28 Disember 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan berbentuk makanan (Ready-to-Eat) melalui Program Inspirasi Musaadah COVID-19 oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang bernilai RM20,5310.00. Sumbangan berbentuk makanan itu yang diagihkan kepada 419 pelajar Bottom 40 (B40) dalam kalangan pelajar Tamhidi USIM yang telah bermula pada 16 Oktober 2020 sehingga 29 Disember 2020.

Menurut wakil YaPEIM, Mohd Rohaizad Ahmad, sumbangan ini bertujuan membantu pelajar-pelajar yang terkandas di Negeri Sembilan, justeru USIM dan UiTM sebeagai penerima sumbangan ini. “Untuk Program Inspirasi Musaadah COVID-19 ini sebenarnya mempunyai dua bentuk program iaitu Dry Food dan Ready-to-Eat. Namun, untuk USIM, pelajar diberikan sumbangan berbentuk makanan (Ready-to-Eat). Diharapkan mendapat manfaat kepada semuanya”. katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM pula berkata, beliau amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak YaPEIM dan ini sedikit sebanyak dapat menampung kos perbelanjaan para pelajar Tamhidi USIM melalui bekalan makanan percuma. “Saya mengharapkan agar sinergi bersama YaPEIM melalui Program Food Bank ini dapat diteruskan pada masa akan datang seterusnya pelajar USIM dapat berpeluang berkerjasama dengan pihak YaPEIM untuk program-program kebajikan dan kesukarelawan bersama YaPEIM Negeri Sembilan pada masa akan datang,” katanya lagi. ” Setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak YaPEIM yang menjayakan misi Musa’adah COVID-19 ini yang telah banyak membantu golongan yang memerlukan dan terjejas,” tambahnya lagi.

Menurut salah seorang penerima sumbangan, Nurlynn Jannatul Asyharin Binti Hamid Jan, pelajar Tamhidi Syariah dan Undang-Undang berkata dengan pemberian ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan duit perbelanjaan harian. Selain itu, makanan yang disajikan juga sedap dan berkhasiat. Pengagihan makanan yang diadakan di Kolej Kediaman Nilam Court itu turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Tamhidi, Puan Alifah Hj. Hamid, Guru Bahasa Tamhidi, Penolong Pengurus Asrama dan Felo Kolej Kediaman.

 

Disediakan oleh: Dr. Fauziah Hassan (Felo Kolej Kediaman Nilam Court)