Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Selamat Sejahtera. 

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyampaikan sedikit bicara di laman web rasmi Pusat Perumahan Pelajar atau pun lebih dikenali dengan PRUPEL. Terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga kerja, saya mengucapkan Ahlan wa Sahlan dan Selamat Datang ke lawan web rasmi ini.

Penginapan adalah perkara penting dalam menentukan struktur kehidupan pelajar apabila menjadi seorang warga kampus. Pengalaman pembelajaran ketika tinggal di dalam Kolej-kolej Kediaman adalah suatu perkara yang menarik dalam sisi kehidupan seorang graduan.

Sehubungan itu, pelajar harus menghargai momen-momen ketika menjadi seorang warga Kolej Kediaman. Pelajar perlu merebut peluang untuk meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum dan kerohanian disamping mengasah bakat untuk menjadi pemimpin yang terbilang untuk masyarakat. Peluang-peluang ini terbuka luas untuk diteroka oleh pelajar melalui program dan suasana kondusif di dalam Kolej-kolej Kediaman.

Sejajar dengan perkara ini, PRUPEL menetapkan Visi dan Misi PRUPEL untuk sentiasa meningkatkan kemudahan penginapan dan keselamatan para pelajar.

PRUPEL berharap dengan kerjasama para pelajar bersama sokongan pengurusan tertinggi universiti selama ini akan terus memacu PRUPEL ke arah tahap pengurusan perumahan pelajar yang berjaya, cemerlang dan berintegriti.

Akhir kata, selamat melayari lawan web ini, semoga segala hebahan dan maklumat dalam web ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Kami doakan agar kita semua beroleh kejayaan, keselamatan dan dirahmati Allah S.W.T.

Sekian, Wassalam

MOHD SALEHUDIN SUKOR

PENGARAH

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (PRUPEL)