TANJONG MALIM – Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) mengadakan permohonan mengadakan Lawatan Penanda Aras Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pertemuan ringkas ini bertujuan mengadakan perbincangan dua hala berkaitan sistem pengurusan kolej kediaman serta mendapatkan input mengenai perancangan membangunkan projek kolej kediaman secara Private Finance Initiative FPI, selaras dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin.