20 April 2022 bersamaan dengan 18 Ramadan 1443H, Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) telah mengambil kesempatan untuk menziarahi anak-anak di Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang Selangor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan sumbangan serta menyantuni anak-anak disana. Selain itu, PRUPEL juga turut mengambil peluang untuk melakukan sanitasi di segenap ruang premis pertubuhan tersebut. Antaranya, ruang pembelajaran dan juga musolla yang merupakan tempat tujuan utama anak-anak disana.

Besar harapan PRUPEL untuk terus bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah dalam program-program yang akan datang. Semoga kunjungan PRUPEL ke Baitul Barokah pada bulan yang mulia ini membawa berkah kepada penghuninya dengan izin Allah S.W.T.

#USIM
#PRUPEL
#ramadanPRUPEL
#ziarahkasihramadan