PEJABAT PENGURUSAN LUAR KAMPUS

Pejabat Pengurusan Pelajar Luar Kampus (PPLK) diwujudkan bagi:

  • Menguruskan kebajikan dan membina sahsiah pelajar
  • Membantu menyediakan perkhidmatan sepatutnya kepada pelajar yang tidak menginap di kolej kediaman USIM

Pejabat Pengurusan Pelajar Luar Kampus (PPLK) diwujudkan bagi:

  • Mewujudkan dan mengemaskini secara berterusan berkenaan data pelajar
  • Menyediakan maklumat dan garis panduan penyewaan kepada pelajar
  • Membuat kajian dan penambahbaikan secara berterusan pemetaan taburan penginapan pelajar
  • Membantu menyediakan khidmat maklumat direktori rumah kediaman/bilik untuk sewaan pelajar
  • Membantu menyelaras program di antara pelajar bersama komuniti setempat
  • Menjadi pemudah cara kepada pelajar sekiranya berlaku kes-kes kecemasan seperti kemalangan, kecurian, jenayah (sivil/syariah), masalah kesihatan dengan pihak yang berkenaaan.

INFO PPLK

RUMAH SISWA

Inisiatif Rumah Siswa merupakan program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia bagi memelihara kebajikan, keselamatan, dan akses penginapan kepada mahasiswa luar kampus di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

IKLAN RUMAH SEWA

Peluang untuk pemilik rumah sekitar Nilai, Negeri Sembilan dan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang untuk mengiklankan dan menyewakan rumah kepada pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).