JANDA BAIK – Seperti kebiasaan, Jawatankuasa Siswa/i Kolej Kediaman Nilam Court (JAKSA KKNC) akan menganjurkan program-program yang menarik dan bermanfaat untuk semua penghuni Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk merapatkan hubungan JAKSA KKNC bersama staf-staf KKNC serta memantapkan lagi pengurusan dalam pembikinan kertas kerja. Program ini terbuka kepada JAKSA KKNC bersama-sama pengetua dan staf-staf KKNC. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 5 – 7 November 2018 yang bertempat Radiant Retreat, Janda Baik.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik pada hari yang pertama adalah checkpoint wawa family, permainan memanah dan golf. Melalui aktiviti ini mampu memecahkan kerenggangan antara Jaksa dan pihak staf-staf KKNC. Bahkan mampu mengenali hati budi masing-masing serta tiada lagi sifat malu untuk bergaul bersama-sama. Setelah penat beraktiviti kami dibawa ke tempat yang lebih menenangkan iaitu aktiviti memancing. Kebanyakan peserta-peserta tersenyum lebar menunjukkan keghairahan mereka dalam memancing sambil mempamerkan kelebihan masing-masing. Banyak ikan yang berjaya dipancing oleh peserta-peserta, kemudian ikan-ikan yang dipancing tersebut dilemparkan ke kembali ke dalam air.

Justeru, bagi memenuhi objektif iaitu untuk mencapai mahasiswa/i berintegrasi Naqli dan Aqli, adalah wajar kepada Jawatankuasa Siswa/i Kolej Kediaman lain untuk mencontohi usaha-usaha yang dipergiat oleh JAKSA KKNC dalam menganjurkan program seperti ini bagi memenuhi serta memanfaatkan masa yang diluangkan oleh penghuni di kolej kediaman.