JELEBU,  17-19 Januari 2020 – Berlangsungnya Jelajah Daerah Negeri Sembilan 2020 bertempat di Kampung Peradong Kuala Klawang, Jelebu. Program anjuran Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS) dengan kerjasama MPKK Kampung Peradong dan Pusat Kesihatan Universiti USIM ini sedikit sebanyak telah mencapai objektif penganjuran iaitu meningkatkan kesedaran mahasiswa akan pentingnya khidmat masyarakat seterusnya mengukuhkan agenda Integrasi Naqli dan Aqli dengan masyarakat setempat khususnya masyarakat luar bandar.

Antara aktiviti – aktiviti yang berlangsung sepanjang 3 hari ini ialah senamrobik ala kampung, sukaneka , cara membuat kuih seroja, lukisan mural, gotong-royong, dan aktiviti kerohanian. Menerusi program ini juga, mahasiswa/mahasisiwi turut memberi sumbangan kepada 4 buah keluarga yang memerlukan sumbangan, selain mengadakan pemeriksaan kesihatan asas. Menariknya kali ini ialah mahasiswa/mahasiswi yang terlibat menginap bersama – sama keluarga angkat di sekitar Kampung Peradong dan seramai 20 keluarga angkat telah menerima kehadiran mahasiswa/mahasiswi USIM.

Pengetua Pengurusan Pelajar Luar Kampus USIM, En. Hammad Farhi Mohd Saudi berkata, program seumpama ini memberikan kesedaran sosial kepada mahasiswa/i supaya dapat menanam dan mengamalkan semangat perpaduan, permuafakatan dan kerjasama dengan masyarakat setempat. Interaksi sosial ini penting untuk memberi impak kepeada pembentukan sahsiah pelajar sebagai satu kemahiran soft skill kepada mereka nanti.

Program dirasmikan dengan jayanya oleh YB Tuan Haji Bakri Sawir, Exco & Adun Klawang. Majlis perasmian penutup ini turut dihadiri En.Hammad Farhi Saudi Pengetua Pengurusan Pelajar Luar Kampus, Ahli Jawatankuasa MPKK Kampung Peradong dan Felo – Felo Luar Kampus.