CHERAS,  08 FEBRUARI 2020 – Masjid Nurussa’adah Kampung Cheras Baru telah menerima kehadiran Jawatankuasa Siswa/I Kolej Kediaman Pandan (KKP). Tujuan kehadiran mereka adalah bagi merencanakan program Jelajah Mahabbah Masjid Nurussa’dah yang julung kali diadakan. Antara aktiviti / program yang diadakan sepanjang 1 hari ini ialah gotong – royong, rewang bersama masyarakat, promosi kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, pameran kesihatan, ceramah kesihatan dan demonstasi kesihatan. Selain itu, sukaneka dewasa dan kanak – kanak juga telah diadakan bagi memeriahkan program jelajah mahabbah ini

Menurut Pengerusi JAKSA KKP Saudari Ummi Amani, objektif program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan USIM dan Kolej Kediaman Pandan kepada masyarakat setempat, memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang info – info kesihatan. Dengan adanya program berbentuk kemasyarakatan ini juga, dapat meningkatkan semangat kesukarelawan para pelajar, mengukuhkan jalinan dan pergaulan bersama masyarakat setempat, dan menambahkan kecaknaan kepada isu dan perihal masyarakat sekeliling tanpa terlalu fokus di bilik kuliah sahaja.

Program yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Madya. Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani telah dihadiri seramai 150 orang pelajar dan 200 orang masyarakat sekitar Kampung Cheras Baru. Lebih memeriahkan lagi, program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Pengurusan Masjid Nurussa’adah, Pusat Kesihatan Daerah Ampang, Klinik Kesihatan Cheras Baru, Fakulti Pergigian USIM dan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan USIM.