20 DISEMBER 2021 – Unit Pentadbiran Kewangan bersama Unit Penjanaan dan Perkhidmatan PRUPEL telah berjaya mengadakan Majlis Apresiasi Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) bagi Tahun 2021. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan semua penerima anugerah – anugerah yang disediakan. Penganjuran majlis ini yang diadakan di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA merupakan julung kali semenjak penubuhan PRUPEL pada tahun 2015.

Majlis Apresiasi PRUPEL 2021 melibatkan 10 Kategori iaitu Honor Award, Best Service Award, Performace Award, Staf And Student Favourite, Behaviour And Value, Leadership, Loyalty, Kindness dan Strong And Powerful Award. Seramai 52 penerima anugerah telah dianugerahkan mengikut kategori yang telah disediakan. Selain itu, Anugerah Khas PRUPEL 2021 turut disediakan dan telah dianugerahkan kepada Puan Azleen Aziz (Penolong Pengurus Asrama Kanan) yang telah bersara wajib pada tahun 2021. Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg Prof. Madya. Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Semestinya majlis ini amat dinanti – nantikan oleh semua warga PRUPEL untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan kerjaya mereka pada tahun 2021. Selain itu, majlis ini diadakan bagi menghargai wira dan wirawati PRUPEL yang telah bertungkus lumus menguruskan pelajar – pelajar ketika tempoh pandemik COVID-19 yang telah melanda negara bermula tahun 2020. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada penerima anugerah atas pencapaian 2021 dan sekalung penghargaan kepada urusetia bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (PRUPEL)