NILAI – Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) USIM menerima Lawatan Penanda Aras Housing Accomodation Center (HAC), Universiti Sains Malaysia (USM) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Pertemuan ringkas ini bertujuan menjalinkan kerjasama yang baik dari segi perkongsian dan pembelajaran yang dapat meningkatkan mutu penginapan pelajar dan penghuni di Kolej Kediaman.
Hadir sama dua Pegawai Tadbir HAC USM, Simon Wong dan Juwita Sari Abd Karim.