11 April 2022 bersamaan dengan 9 Ramadan 1443H, Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) dengan kerjasama Pusat Islam telah menjayakan program Gotong – Royong Memasak Bubur Lambuk sempena Ihya Ramadan. Tahun 2022 merupakan tahun ke-5 PRUPEL menganjurkan program seperti ini. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri juga turut hadir bagi merasmikan simbolik penyerahan Bubur Lambuk di Pusat Islam USIM.
Pada kali ini, pihak penganjur telah bergotong-royong memasak 6 periuk Bubur Lambuk yang jumlahnya lebih kurang dalam 2,000 pax. Bubur Lambuk yang siap dimasak kemudiannya diagihkan kepada pelajar-pelajar USIM di kolej kediaman masing-masing. Yang istimewanya dalam penyediaan Bubur Lambuk pada tahun ini, pihak penganjur masih mengekalkan ‘secret recipe’ selama 5 tahun program ini.
Terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program Ihya Ramadan PRUPEL kali ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
#USIM
#PRUPEL
#ramadanmubarak
#ramadanPRUPEL
#buburlambukPRUPEL