Pada 29 Mac 2022 yang lalu, Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Perpustakaan, USIM. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah PRUPEL, Encik Mohd Salehudin Sukor dan disertai oleh beberapa orang staf PRUPEL serta dua orang wakil JAKSA.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari cara mendokumentasi dengan baik daripada Jabatan Perpustakaan yang pernah dianugerahkan sebagai Pentadbir Cemerlang 2020 dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM pada tahun tersebut.
Lawatan ini disambut baik oleh Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah Momin dan juga anak buahnya yang tampak bersemangat berkongsi idea dan juga ilmu bersama dengan pihak PRUPEL. Semoga PRUPEL dapat menerapkan ilmu yang diperoleh dan menambah baik pengurusan dokumentasi pada masa akan datang.