21 Januari 2022 (Jumaat) – Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Siswa/i Kolej Kediaman (JAKSA) & Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS) Sesi 2021/2022 bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Seramai 65 orang pelajar telah dilantik sebagai Exco-exco JAKSA dan OCSS yang akan memikul tanggungjawab sebagai organisasi yang melaksanakan dan merancang aktiviti serta menjaga kebajikan pelajar di Kolej Kediaman dan pelajar luar kampus.

Majlis ini juga diadakan bagi menghargai mantan JAKSA dan OCSS Sesi 2020/2021 yang banyak membantu dalam hal aktiviti dan kebajikan pelajar terutama semasa pandemic COVID-19.

Pelantikan Watikah disampaikan dan disempurnakan oleh Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM.

Terima kasih  kepada mantan JAKSA dan juga OCSS serta tahniah dan selamat berbakti diucapkan kepada Exco-ecxo yang baru dilantik.

#PRUPELUSIM #PRUPELPRIHATIN