Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kami berpeluang mempersembahkan laman web rasmi Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL). Bagi pihak seluruh warga kerja PRUPEL, saya mengucapkan selamat datang dan Ahlan wa Sahlan ke platform rasmi kami.

Penginapan merupakan komponen penting dalam membentuk pengalaman dan kualiti kehidupan pelajar di kampus. Tinggal di Kolej Kediaman adalah satu pengalaman berharga yang menjadi sebahagian daripada perjalanan seorang graduan.

Kami menggalakkan para pelajar untuk memanfaatkan setiap peluang sepanjang menjadi penghuni Kolej Kediaman. Gunakan pengalaman ini untuk:

  • Meningkatkan pencapaian akademik,
  • Terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum,
  • Memperkukuhkan pembangunan sahsiah dan kerohanian, serta
  • Membina bakat kepimpinan yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat.

Melalui pelbagai program yang ditawarkan serta suasana yang kondusif, Kolej Kediaman menyediakan ruang untuk pelajar berkembang secara holistik.

Selaras dengan misi kami, PRUPEL sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan penginapan dan memastikan keselamatan pelajar. Kami percaya bahawa kerjasama erat antara pelajar dan pihak pengurusan universiti akan mendorong PRUPEL menjadi peneraju dalam pengurusan perumahan pelajar yang cemerlang, efisien, dan berintegriti.

Akhir kata, selamat melayari laman web ini. Semoga maklumat dan kemas kini yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kami mendoakan agar setiap pelajar dan seluruh warga universiti sentiasa dirahmati, diberkati, dan mencapai kejayaan dalam apa jua yang diceburi.

Sekian, terima kasih.

RAJA MARIAM RAJA MOHD ESA
Pengarah
Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL)