Pentadbiran dan Kewangan   

  1. Merancang dan mengurus penempatan pelajar di kolej kediaman.
  2. Merancang dan mengurus penempatan kakitangan pentdbiran dan sokongan di kolej kediaman.
  3. Merancang dan melaksanakan latihan pembangunan kakitangan kolej kediaman.
  4. Memantau kualiti perkhidmatan yang disediakan untuk pelajar di kolej kediaman.
  5. Merancang keperluan belanjawan untuk penjawatan, emolumen, belanja mengurus, program, latihan, pembangunan, penyelenggaraan, pengubahsuaian, kemudahan dan aktiviti penambahbaikan.
  6. Membentuk Pelan Strategik Pembangunan Fizikal dan Kemudahan Kolej-kolej Kediaman setiap lima tahun.
  7. Melaksanakan dasar dan hala tuju pembangunan kemudahan  kolej kediaman secara beterusan.
  8. Keurusetiaan jawatankuasa kolej-kolej kediaman.
  9. Keahlian Majlis Perumamahan Universiti-universiti Malaysia.

Pengurusan Aktiviti Dan Pangkalan Data

  1. Merancang dan melaksanakan program/aktiviti Pusat Perumahan Pelajar
  2. Memantau, mengumpul dan mengurus rekod-rekod aktiviti/program PTJ/pelajar kolej kediaman/luar kampus.
  3. Merancang keperluan belanjawan bagi menyokong aktiviti Pusat Perumahan Pelajar, Kolej Kediaman dan pelajar luar kampus.
  4. Mengurus dan menyelaras semua sistem yang digunapakai Pusat Perumahan Pelajar.
  5. Mengurus dan menyelaras sistem maklumat pelajar kolej kediaman dan pelajar luar kampus.
  6. Merancang keperluan sistem berkaitan Pusat Perumahan Pelajar.
  7. Mengurus, menyelaras dan mengemaskini laman web Pusat Perumahan Pelajar

Perkhidmatan Dan Penyelenggaraan

  1. Merancang dan melaksanakan pelan strategik penjanaan PTJ setiap lima tahun.
  2. Mengurus dan menyelaras aktiviti penjanaan termasuk tempahan, kewangan, dan penyimpanan rekod berkaitan.
  3. Memastikan kemudahan kolej kediaman berada pada tahap berkualiti dan memenuhi keperluan semasa.
  4. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja naik taraf kemudahan di kolej kediaman.
  5. Memantau dan menyelaras kepatuhan kepada akta serta peraturan keselamatan dan kesihatan.
  6. Menyediakan dan merancang belanjawan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan PTJ.
  7. Menyelaras pengumpulan dan analisis maklum balas pelanggan secara berkala.

Pengurusan Kolej Kediaman

  1. Memastikan penyediaan penginapan yang sesuai, selesa, dan kondusif untuk pelajar tempatan, antarabangsa, serta pelajar OKU di kolej kediaman.
  2. Mengurus dan menyelaras hal ehwal kebajikan pelajar yang menetap di kolej kediaman.
  3. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan tambahan seperti penyelenggaraan, pembersihan bangunan, penyediaan stor, dan keperluan lain bagi menyokong penginapan pelajar.
  4. Mengurus dan memastikan keselamatan aset Universiti sentiasa berada dalam keadaan baik.
  5. Menyelaras proses pemilihan pelajar untuk penginapan di kolej kediaman.
  6. Memastikan kepatuhan terhadap peraturan dan arahan Universiti dilaksanakan dengan baik.
 

Pengurusan Pelajar Luar Kampus

  1. Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang menetap di luar kampus.
  2. Membantu pelajar luar kampus mencari penginapan yang selamat, selesa, dan sesuai.
  3. Merancang dan melaksanakan program pembangunan sahsiah serta insaniah untuk pelajar luar kampus.
  4. Menyediakan bantuan awal kepada pelajar luar kampus semasa menghadapi kecemasan.
  5. Menyediakan kemudahan transit dalam kampus yang sesuai untuk pelajar luar kampus.