السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan lafaz kalimah suci Alhamdulillah seluruh warga Mahasiswa/i dan Kakitangan Pusat Perumahan Pelajar melafazkan kesyukuran kepada Allah subhanahu wataala atas segala anugerah, nikmat dan berkat yang telah dikecapi. Selawat serta salam dipanjatkan kepada Nabi Muhammad saw, para keluarganya yang mulia dan para sahabatnya yang terbilang serta para pengikutnya sehingga ke akhir zaman. Selamat datang ke laman web Pusat Perumahan Pelajar.

Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya pihak Pusat Perumahan Pelajar dapat membangunkan laman webnya sendiri yang diharapkan dapat menjadi medium hebahan dan interaksi antara pihak pusat perumahan pelajar dengan orang ramai.. Adalah menjadi tanggungjawab kami  Pusat Perumahan Pelajar ke atas pembangunan akademik, pembangunan sahsiah, kebajikan dan keselamatan pelajar USIM bagi mencapat misi dan visi USIM. Oleh itu laman web Pusat Perumahan Pelajar ini di bina bagi menyampaikan maklumat berkaitan organisasi, memudahkan segala urusan dan menyalurkan maklumat dengan segera.

Selamat melayari laman sesawang  Pusat Perumahan Pelajar. Semoga segala hebahan dan maklumat dalam web ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam menyalurkan info yang diberikan. Kami berdoa semoga kita semua beroleh kejayaan dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Ahmad Kamal bin Mustafa

Pengarah,

Pusat Perumahan Pelajar